Hasrat kami adalah untuk mencontohi kejayaan Program Kampung Angkat MADANI yang telah mendapat sambutan menggalakkan daripada sektor swasta dalam suatu pendekatan “whole of government” yang menyentuh denyut nadi rakyat bagi melengkapi keperluan asas infrastruktur setiap kampung yang terpilih.
Susulan itu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah menyeru syarikat-syarikat gergasi untuk menyertai program ‘sekolah angkat’ bagi membantu kerajaan dalam meningkatkan infrastruktur pendidikan negara.
Oleh itu, kami dari Pertubuhan Jaringan Insan Madani sebagai sebuah NGO telah mengambil inisiatif untuk menjadikan Tabika Kemas Kampung Ampang Indah sebagai tabika angkat kami.
Kerjasama ini dilaksanakan pada 23/4/25 dan diumumkan kepada masyarakat di dalam satu majlis mesyuarat agung tahunan dan majlis terbuka Aidilfitri yang dihadiri oleh Setiausaha Perjim Saudara Hadi bersama-sama ahli jawatankuasa Perjim. Terima kasih kepada Pengerusi PIBG, Puan Hajah Maizun yang sudi merestui jalinan ini dan bersama-sama menaruh harapan besar untuk insiatif sampingan di masa hadapan.

Antara objektif program tabika angkat:
1. Meningkatkan kualiti pendidikan awal melalui sokongan tambahan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
2. Memperluas akses kepada pendidikan dengan membuka akses tadika untuk mendapatkan sumber dan kemudahan yang setaraf dengan peredaran masa.
3. Menggalakkan penglibatan komuniti dan sektor swasta dalam kolaborasi usaha program dan penglibatan.
4. Meningkatkan kesedaran kesihatan mental melalui aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan dan aktiviti sihat.