Program Sahabat Prihatin

Usaha bagi memupuk semangat kerjasama di antara persatuan dan pertubuhan amal lain diteruskan melalui penyediaan makanan berlauk bagi pengedaran kepada golongan memerlukan di sekitar kawasan ibu kota. Objektif program kali ini juga adalah bagi menambah keahlian persatuan dari kalangan anak muda yang cakna dengan permasalahan sosioekonomi masyarakat.

Seramai 200 orang penerima pada program yang berlangsung pada 19 Julai yang lalu. Menu yang disajikan adalah hasil dari masakan petugas yang terdiri daripada kalangan ahli-ahli pertubuhan dan persatuan dari Selangor dan Wilayah Persekutuan. Perjim diwakili oleh beberapa petugas yang diketuai oleh SU Saudara Hadi.

Semoga niat murni program sebegini dapat diteruskan dan diperbanyakkan melalui kerjasama melalui sumbangan sumber tenaga kerja selain dana daripada kalangan pemimpin serta masyarakat setempat. Syabas dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat!

Discover more from Insan Madani

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading