Sejak pertengahan tahun ini, kami bersama pihak AJK Tabika Kemas Kampung Ampang Indah telah merangka sebuah program kursus asas Public Speaking untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun.
Usaha yang digerakkan di bawah Program Tabika Angkat kami adalah bertujuan membina keyakinan diri dari umur kecil untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Bahasa Melayu ialah nadi identiti bangsa dan mesti terus dipupuk dalam jiwa setiap rakyat, namun beliau mengingatkan bahawa penguasaan Bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan negara harus diberikan keutamaan dari awal juga.

Semoga usaha murni ini berupaya memberikan anak-anak kita satu masa depan yang lebih cerah. Terima kasih kepada Setiausaha Perjim Saudara Hadi dan Pengerusi PIBG, Puan Hajah Maizun bersama-sama barisan AJK Tabika Kemas Kampung Ampang Indah yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Syabas!
